Seorang kakitangan wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor ditemui lemas semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan Pulau Tenggol dekat Dungun, pagi Sabtu.<br /><br />Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata mangsa, Puspasari Aminuddin, 37, bersama dua lagi rakannya serta beberapa penyelam lain dipercayai mula melakukan aktiviti tersebut pada 9.25 pagi.
